Twitter Bakal Memperkenalkan Sokongan Menambah Efek Pada Gambar Pada Bulan Ini

Twitter Bakal Memperkenalkan Sokongan Menambah Efek Pada Gambar Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Dis 9, 2012 oleh .

Dengan populariti Instagram yang membolehkan para pengguna menambah gambar dan berkongsi dengan yang lain, kini Twitter diperkatakan akan memperkenalkan sokongan lebih kurang sama pada aplikasi mereka dalam bulan ini.

Laporan berkaitan dengan perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi turut telah diperkatakan sebelum ini. Menariknya, salah seorang pengasas Twitter, Jack Dorsey kelihatan telah pun mula berkongsi beberapa gambar dengan efek hitam-putih dan bingkai khas padanya.

Perkongsian gambar menjadi semakin popular akhir-akhir ini, apatah lagi dengan pengenalan Instagram pada platform Android. Namun, Twitter mempunyai kelebihan dengan mempunyai aplikasi rasmi mereka pada pelbagai platform, dan sekiranya ia diperkenalkan pada semua platform pada masa yang sama, ia mungkin akan membuatkan lebih ramai menggunakannya, dan berkongsi gambar melaluinya.

Twitter dikatakan akan memperkenalkannya sebelum hari Natal, dan dengan hanya tinggal beberapa minggu untuknya, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Twitter nanti.


TIPS & ULASAN