Angry Birds Space Dan Star Wars Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows Phone 7.5

Angry Birds Space Dan Star Wars Sedia Dimuat-Turun Pengguna Windows Phone 7.5

Diterbitkan pada Dis 9, 2012 oleh .

Angry Birds Space dan juga Angry Birds Star Wars sebelum ini telah hanya diperkenalkan untuk para pengguna Windows Phone 8 sahaja, dan kini, Rovio telah mengemaskini aplikasi mereka, dengan sokongan untuk para pengguna Windows Phone 7.5.

Kedua-dua permainan ini telah dikemaskini, dan boleh didapatkan oleh para pengguna Windows Phone 7.5 daripada Marketplace bermula hari ini. Kedua-dua aplikasi ini dijual pada harga RM3 melaluinya.

Angry Birds Space merupakan permainan pertama daripada Rovio yang memfokuskan kepada angkasa, memerlukan para pengguna mengambil-kira tarikan graviti antara satu sama lain, sekaligus menjadikan mereka lebih kreatif. Untuk Angry Birds Star Wars pula, ia mengintegrasikan pelbagai watak daripada filem Star Wars yang sedia popular, sekaligus memberikan beberapa kuasa tambahan kepada watak-watak permainan Angry Birds.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan kedua-dua permainan ini daripada Windows Phone Marketplace hari ini.

Muat-Turun Angry Birds Space dari Marketplace


Muat-Turun Angry Birds Star Wars dari Marketplace

TIPS DARIPADA AHMAD