Cari @ Amanz

Akhir-akhir ini, peranti bersaiz besar semakin mula diterima pengguna, dan mempunyai permintaan yang tersendiri. Selain daripada Galaxy Note 2 yang sedia popular dalam arena peranti yang dipanggil phablet, kini kelihatan Huawei turut sama akan menyertainya dengan peranti bersaiz 6.1-inci.

Laporan berkaitan dengannya bukanlah sesuatu yang baru, malah telah diperkatakan sejak sebelum ini. Namun, kini, Huawei dikatakan mengesahkan peranti yang dipanggil Huawei Ascend Mate ini akan hadir ke pasaran pada awal 2013 kelak.

Peranti ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 6.1-inci dengan paparan 1080p padanya. Selain itu, ia turut diperkatakan ia akan dilengkapi dengan memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 4,000 mAh, dan juga menggunakan cip pemprosesan 1.8GHz padanya.

Huawei turut diperkatakan akan menjualnya pada harga yang lebih murah berbanding dengan Galaxy Note 2, walaupun membawakan spesifikasi yang lebih tinggi padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd