Cari @ Amanz

Bagi para pengguna Linux, mungkin telah sedia kenali akan Wine, yang mana menawarkan sokongan untuk menjalankan aplikasi Windows pada sistem operasi Linux dengan mudah. Mengambil konsep yang sama, kini sebuah perisian baru dibangunkan, dinamakan sebagai Darling.

Darling memfokuskan kepada menjalankan aplikasi dan perisian OS X pada Linux, sekaligus membolehkan pengguna Linux menjalankan perisian dan aplikasi yang dibangunkan khas untuk Mac OS X dengan mudah.

Projek Darling ini menggunakan beberapa kod sumber terbuka, seperti GNUStep, dan beberapa yang lain dalam menjayakannya. Ia dibangunkan sebagai projek kajian thesis oleh salah seorang pelajar universiti, maka pembangunannya dijangka akan berterusan untuk beberapa bulan akan datang.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat awal pembangunan, dan hanya beberapa program asas sahaja disokong melaluinya. Pembangunnya berkongsi pelbagai perkara, termasuk status semasa melalui sebuah halaman khas untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd