Aplikasi BCARD Diperkenalkan Untuk Pengguna Android Dan iOS

Diterbitkan pada Dis 10, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BCARD merupakan salah satu kad ganjaran yang popular dikalangan pengguna Malaysia, dimana memfokuskan kepada beberapa jenama terkemuka, dan dimiliki oleh Berjaya Corporation Berhad. Jikalau selama ini mereka hanya sekadar memperkenalkan kad fizikal, kini, mereka melangkah setapak kehadapan memperkenalkan kad versi digital.

BCARD kini ditawarkan dalam bentuk digital, didatangkan dalam bentuk aplikasi untuk iOS dan juga Android.

Melalui aplikasi BCARD ini, ia membolehkan anda log-masuk seperti biasa, dan kemudiannya melihat data dan memaparkan kad digital anda ketika membuat pembelian di kedai-kedai yang menyertainya.

Pada masa yang sama, sokongan geolokasi turut diintegrasikan, membolehkan para pengguna untuk membuat carian berkaitan kedai-kedai yang berdekatan dengan anda yang menyertai program ganjaran BCARD ini.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk Android dan juga iOS.


Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami