Samsung Mengeluarkan Video Promosi Untuk CES 2013 – Apakah Bakal Diumumkan?

Samsung Mengeluarkan Video Promosi Untuk CES 2013 – Apakah Bakal Diumumkan?

Diterbitkan pada Dis 10, 2012 oleh .

Setiap kali ingin membuat pengumuman sesuatu peranti yang menarik, Samsung akan menyediakan sebuah video khas, sekaligus membuatkan para pengguna tertanya-tanya berkenaan apakah yang akan diumumkan oleh gergasi elektronik dari Korea Selatan itu.

Terkini, mereka memuat-naik video promosi untuk acara CES 2013 akan datang, memperlihatkan mereka akan memperkenalkan sebuah produk misteri pada acara tersebut.

CES 2013 akan diadakan bermula 8 Januari ini sehingga 11 Januari, dan bakal disertai oleh pelbagai pengeluar barangan elektronik dalam memperkenalkan produk-produk baru mereka.

Jadi, apakah yang bakal diumumkan oleh Samsung pada CES 2013 kelak?


TIPS & ULASAN