Instagram Mematikan Sokongan Integrasi Gambar Pada Twitter

Instagram Mematikan Sokongan Integrasi Gambar Pada Twitter

Diterbitkan pada Dis 10, 2012 oleh .

Salah satu sebab mengapa Instagram popular adalah kerana kebolehan untuk melihat gambarnya terus di Twitter. Namun, dengan pengenalan Instagram versi web, mereka ingin menarik pengguna kepadanya, dan kini mematikan sokongan integrasi gambar pada Twitter.

Kini, apabila daripada Instagram, pengguna berkongsi ke Twitter, maka hanya pautan sahaja akan diperlihatkan. Untuk melihat gambar, para pengguna akan diperlukan untuk membuka pautan tersebut, dan tidak lagi akan dipaparkan pada laman Twitter secara terus, seperti sebelum-sebelum ini.

Perkara ini masih tidak diketahui akan menguntungkan pihak Instagram ataupun sebaliknya.

Pada masa yang sama, pihak Twitter juga dijangka bakal melancarkan sokongan lebih kurang sama, membolehkan para pengguna mengedit gambar terlebih dahulu sebelum berkongsi pada aplikasi mudah-alih mereka dalam masa beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN