“HTC Deluxe” Tidak Akan Hadir Ke Malaysia?

“HTC Deluxe” Tidak Akan Hadir Ke Malaysia?

Diterbitkan pada Dis 10, 2012 oleh .

HTC baru-baru ini telah menambah halaman HTC Butterfly pada web mereka, sekaligus menandakan ia akan hadir ke pasaran antarabangsa. Namun, menjawab salah satu persoalan hari ini di Facebook, HTC Malaysia mengatakan HTC Deluxe tidak akan hadir ke Malaysia.

Melalui sebuah pertanyaan daripada seorang pengguna yang ingin akan peranti HTC Butterfly, pihak HTC Malaysia menjawab daripada akaun Facebook, mengatakan HTC Butterfly hanya untuk Taiwan dan Jepun sahaja buat masa ini, manakal HTC Droid DNA adalah untuk pasaran Amerika Syarikat.

HTC Malaysia turut menambah, mengatakan HTC Deluxe tidak akan hadir ke Malaysia. Apa yang menariknya, HTC Deluxe tidak lagi diumumkan oleh pihak HTC sehingga ke hari ini.

Namun, daripada jawapan di Twitter, pihak HTC Malaysia memperlihatkan variasi peranti bersaiz 5-inci dengan paparan 1080p tersebut mungkin akan hadir ke Malaysia. Bilakah ia akan hadir masih menjadi persoalan ramai pengguna yang menantikannya.

Selain daripada peranti bersaiz 5-inci yang masih menjadi tanda persoalan mengenai pelancarannya di Malaysia, pihak HTC Malaysia juga melalui halaman Facebook mengatakan HTC One SV tidak akan hadir ke Malaysia.


TIPS & ULASAN