LG Optimus G2 Bakal Hadir Pada Pertengahan Tahun Pertama Dengan Skrin Bersaiz 5.5-inci?

LG Optimus G2 Bakal Hadir Pada Pertengahan Tahun Pertama Dengan Skrin Bersaiz 5.5-inci?

Diterbitkan pada Dis 10, 2012 oleh .

Ura-ura terbaru mengatakan gergasi teknologi Korea, LG bakal hadir dengan telefon pintar berspesifikasi tinggi mereka, Optimus G2 bakal hadir pada pertengahan tahun pertama 2013 kelak.

Ini bukanlah kali pertama kita mendengarnya, dimana sebelum ini, perkara sama turut kedengaran, menjadikan peranti ini bakal bersaing dengan Galaxy S4 daripada Samsung kelak.

Mengikut apa yang kedengaran, peranti ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan empat-teras 2GHz Snapdragon S4, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel dan juga sokongan LTE padanya.

Ura-ura turut mengatakan ia akan turut dilengkapi dengan Android 5.0 padanya.

Buat masa ini, LG popular dengan peranti Nexus 4 mereka yang mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia, dan mungkin sekiranya mereka mengekalkan momentum yang sama, peranti Optimus G2 ini mungkin turut akan menerima permintaan ramai kelak.


TIPS & ULASAN