Carian
Sony Malaysia Bakal Melancarkan Xperia Tablet Pada Minggu Ini – Xperia V Pada Januari 2013
December 10, 2012 Aman

Sony Malaysia, hari ini melalui laman Facebook berkongsi mengatakan mereka akan melancarkan Xperia Tablet S secara rasmi di Malaysia pada minggu ini, dimana terlebih dahulu versi WiFi akan dijual, sebelum versi 3G turut memasuki pasaran pada bulan ini.

Xperia Tablet S membawakan skrin bersaiz 9.4-inci dan dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya. Dari segi rekabentuk, ia membawakan rekabentuk yang menarik dan unik, serta kalis air. Ia turut diintegrasikan bersama alat kawalan jauh universal pada tablet, membolehkan ia digunakan untuk mengawal televisyen dan sebagainya dengan mudah.

Ia turut dioptimasikan untuk permainan dan papran video yang menarik, hasil daripada penggunaan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 3. Untuk tujuan rakaman gambar, Xperia Tablet S ini turut disertakan bersama-sama kamera 8-megapixel pada bahagian belakang dan kamera 1-megapixel pada bahagian hadapan.

Selain daripada Xperia Tablet S, pihak Sony Malaysia turut berkongsi mengatakan telefon pintar Xperia V akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Januari 2013 kelak.

Komen