Cari @ Amanz

Bermula daripada awal pagi tadi, salah satu perkara yang menyedihkan ramai pengguna adalah apabila pihak Instagram mematikan sokongan memaparkan gambar mereka di Twitter, menjadikan ramai yang tidak berpuas-hati dengannya. Untuk mengatasi masalah tersebut, salah seorang pembangun, hadir dengan sebuah extension khas untuk pengguna Chrome.

Melalui InstaTwit yang dikhaskan untuk pengguna pelayar web Chrome ini, ia membolehkan para pengguna melihat kembali gambar-gambar daripada pautan Instagram terus pada Timeline Twitter.com anda.

Daripada penggunaan kami, walaupun ia memaparkan gambar seperti dijanjikan, tetapi ia mengambil masa yang agak lama berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, sementara menantikan adakah Instagram akan menyokongnya kembali, ataupun menunggu pihak Twitter memperkenalkan sokongan menambah efek pada gambar, mungkin InstaTwit ini boleh membantu kebanyakkan pengguna pelayar web Chrome.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd