BlackBerry Messenger 7 Dengan Sokongan BBM Voice Sedia Dimuat-Turun

BlackBerry Messenger 7 Dengan Sokongan BBM Voice Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Dis 10, 2012 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan pihak Research In Motion tempoh hari, kini mereka telah pun menerbitkan BlackBerry Messenger 7 di AppWorld, membolehkan para pengguna BlackBerry seluruh dunia mendapatkannya.

Salah satu penambahan baru pada BBM 7 adalah sokongan panggilan suara melalui BBM Voice. Ia membolehkan para pengguna membuat panggilan suara diantara pengguna BBM melalui sokongan WiFi secara percuma.

BBM Voice ini disokong untuk pengguna BlackBerry OS 6 dan terkini, dan tidak lama lagi, ia akan turut disokong pada pengguna BB OS 5.

Selain sokongan BBM Voice, BBM 7 ini turut membawakan sokongan BBID Synchronization, dan tambahan 16 emoticon baru padanya.

Bagi para pengguna BlackBerry, anda boleh mula menyemak peranti anda, dan mengemaskini BlackBerry Messenger bermula hari ini kepada BBM 7.

Muat-Turun BlackBerry Messenger 7 dari AppWorld


TIPS & ULASAN