Konsep : Telefon Pintar Surface Dengan Windows Phone 8

Konsep : Telefon Pintar Surface Dengan Windows Phone 8

Diterbitkan pada Dis 11, 2012 oleh .

Sejak pengumuman pihak Microsoft mengenai Surface beberapa bulan yang lepas, salah satu perkara yang turut diura-ura akan adalah dimana mengatakan gergasi teknologi tersebut bakal hadir dengan telefon pintar yang dibangunkan sendiri oleh mereka.

Kini, TechRadar berkongsi sebuah video konsep untuk peranti tersebut, memperlihatkan apakah yang mungkin boleh dibawakan oleh telefon pintar Surface kelak.

Daripadanya, ia kelihatan seperti Surface yang dikecilkan menjadi telefon pintar, membawakan skrin bersaiz 5-inci, dan turut dilengkapi dengan touch cover seperti mana yang terdapat untuk tablet Surface.

Walaubagaimanapun, seperti semua sedia maklum, ini hanyalah daripada konsep daripada peminat sahaja, dan mungkin sekiranya benar terdapat Surface Phone, mungkin ia akan kelihatan berbeza.

Walaubagaimanapun, jangan lupa berkongsi pendapat anda berkenaan dengan konsep untuk telefon pintar Surface ini. Adakah anda akan membelinya sekiranya ia direalisasikan?


TIPS & ULASAN