RIM Memperlihatkan Kemungkinan Rekabentuk Peranti BB10 Pada Web Rasmi

RIM Memperlihatkan Kemungkinan Rekabentuk Peranti BB10 Pada Web Rasmi

Diterbitkan pada Dis 11, 2012 oleh .

Hari ini, pihak Research In Motion telah pun mengemaskini halaman rasmi BlackBerry 10, sekaligus menambah pelbagai info baru berkaitan dengannya bersama-sama dengan pelbagai fungsi baru yang akan dibawakan oleh platform baru mereka.

Namun, salah satu perkara yang menarik perhatian ramai pihak adalah rekabentuk peranti baru yang diperlihatkan pada halaman tersebut.

Daripadanya, berbeza dengan peranti Dev Alpha yang digunakan sekarang, ia membawakan rekabentuk yang agak menarik dengan texture pada bahagian belakangnya. Mengikut gambar tersebut, ia kelihatan seperti akan membawakan rekaan yang agak sesuai dan selesa untuk dipegang di tangan.

Walaubagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada, ianya merupakan rekabentuk akhir ataupun hanya sekadar untuk digunakan di web sahaja.

Apa pun, segalanya semestinya akan terjawab pada acara pelancaran BlackBerry 10 yang bakal diadakan pada 30 Januari kelak, dimana dua peranti baru dijangka akan diumumkan pada tarikh tersebut.


TIPS & ULASAN