Instagram Mengemaskini Aplikasi Dengan Beberapa Penambahan Baru

Instagram Mengemaskini Aplikasi Dengan Beberapa Penambahan Baru

Diterbitkan pada Dis 11, 2012 oleh .

Selain daripada pihak Twitter yang memperkenalkan sokongan Photo Filters, Instagram turut sama mengemaskini aplikasi mereka untuk pengguna Android dan iOS, dengan menambah sebuah filter baru padanya, dinamakan sebagai “Willow”.

Pada masa yang sama, aplikasi Instagram ini juga membawakan beberapa perubahan kecil, termasuk pada antaramuka kamera, serta integrasi pada FourSquare dengan lebih baik lagi.

Semalam, pihak Instagram telah pun mematikan sokongan untuk memperlihatkan gambar di Twitter, dan hanya diperlihatkan sebagai gambar sahaja, menjadikan ramai pengguna tidak berapa mengemari perubahan tersebut.

Namun, pengguna masih kekal aktif menggunakannya. Dengan pengenalan Photo Filters oleh Twitter sendiri, mungkin selepas ini kita akan dapat melihat persaingan positif hadir daripada kedua-dua syarikat yang memfokuskan penggunaan mudah-alih ini.

Bagi pengguna peranti Android dan iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi Instagram hari ini, dan menggunakan fungsi baru yang dibawakan olehnya.


TIPS & ULASAN