iPhone 5S Bakal Dilancarkan Pada Jun 2013 Dengan Pelbagai Pilihan Warna?

iPhone 5S Bakal Dilancarkan Pada Jun 2013 Dengan Pelbagai Pilihan Warna?

Diterbitkan pada Dis 11, 2012 oleh .

Nampaknya, Apple mungkin mempercepatkan lagi keluaran peranti mereka, dimana mengikut ura-ura, ia diperkatakan iPhone 5S bakal dilancarkan oleh gergasi tersebut pada bulan Jun 2013 kelak.

Mengikut apa yang dilaporkan, ia diperkatakan iPhone 5S kelak akan membawakan skrin dan kamera dengan sokongan HD, jangka masa bateri yang lebih baik, serta sokongan untuk NFC. Ia turut diperkatakan yang mana iPhone 5S mungkin akan didatangkan dalam 6 hingga 8 warna sepertimana yang ditawarkan melalui iPod Touch.

Namun, seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura sahaja, tanpa sebarang komen daripada Apple. Tetapi dengan pelbagai ura-ura yang menjadi nyata sebelum ini, mungkinkah kita akan melihat iPhone 5S diperkenalkan lebih awal daripada pelancaran tahunan kebiasaan?

TERIMA KASIH FAZREEN


TIPS & ULASAN