Aplikasi Meetrip Kuala Lumpur Untuk Android Dilancarkan

Aplikasi Meetrip Kuala Lumpur Untuk Android Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 11, 2012 oleh .

Bagi para pengguna yang gemar akan melancong dan mengembara, mungkin mengenali akan sebuah laman yang memfokuskan kepada tawaran perlancongan daripada penduduk tempatan, dinamakan Meetrip. Selepas memperkenalkan perkhidmatan mereka untuk Kuala Lumpur, kini mereka turut melancarkan aplikasi Android rasmi untuknya.

Daripada aplikasi Meetrip untuk Android, ia kelihatan ditawarkan dalam bentuk aplikasi, tetapi masih membawakan web versi mudah-alih, dan bukannya berbentuk natif.

Melaluinya, para pengguna boleh mengikuti pelbagai tawaran yang disediakan untuk perlancongan disekitar Kuala Lumpur, disamping pada masa yang sama turut menawarkan perkhidmatan anda kepada yang lain.

Selain daripada untuk Kuala Lumpur, Meetrip turut memperkenalkan untuk beberapa bandar utama yang lain di negara sekitar Asia.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Meetrip Kuala Lumpur hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti mudah-alih anda.

Muat-Turun Aplikasi Meetrip Kuala Lumpur Untuk Android


Semak aplikasi Android Meetrip untuk bandar-bandar lain


TIPS & ULASAN