Walaupun terdapat aplikasi Mail terbina pada Windows 8, ia tidak menghentikan penyedia perkhidmatan emel hadir dengan aplikasi mereka tersendiri, dimana terkini Yahoo! Mail telah pun melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna Windows 8 dan juga iOS.
Untuk versi Windows 8, seperti tawaran pada web, ia membawakan antaramuka yang kemas dan dioptimasikan untuk Windows 8 dan Windows RT, membolehkan para pengguna menghantar, membaca dan melihat emel-emel terkini dengan mudah melaluinya. Pelbagai fungsi didatangkan terbina, termasuk sokongan carian menggunakan CharmBar.
- Muat-Turun Yahoo! Mail Untuk Windows 8
Untuk pengguna peranti iOS pula, Yahoo! Mail menawarkan aplikasi khas untuk pengguna peranti iPhone dan juga iPod Touch, tetapi memerlukan pengguna menggunakan iOS 6.0 dan terkini. Seperti kebanyakkan aplikasi, ia membolehkan anda mengakses inbox, menghantar emel dan sebagainya terus melalui aplikasi tersebut.
- Muat-Turun Aplikasi Yahoo! Mail untuk iOS