Hari ini boleh dikatakan adalah hari yang agak aktif untuk pembangun laman sosial berbentuk mikroblog – Twitter. Selepas mengumumkan pengenalan halaman profil baru, selain integrasi Photo Filter, kini mereka turut sama telah mengeluarkan laporan tahunan untuk 2012.
Dan menariknya, berbeza dengan tahun sebelum ini, selain hanya menyediakan trend semasa dan sebagainya, untuk tahun ini, Twitter turut sama bekerjasama dengan Vizify dalam menyediakan trend tahunan untuk setiap pengguna, membolehkan anda mengetahui bagaimana aktiviti dan perkembangan tahunan anda di Twitter.
Daripada halaman khas tersebut, ia membolehkan para pengguna mengetahui apakah perkataan paling kerap di Tweet mereka, disamping pengikut setia dan juga Tweet paling popular yang dikeluarkan anda.