WordPress 3.5 “Elvin” Membawakan Bahagian Pengurusan Media Yang Lebih Baik

WordPress 3.5 “Elvin” Membawakan Bahagian Pengurusan Media Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Dis 12, 2012 oleh .

Setelah melalui beberapa fasa pembangunan, akhirnya, hari ini pembangun WordPress mengumumkan secara rasminya pelancaran WordPress 3.5 dengan nama kod “Elvin” kepada umum, dimana sedia dimuat-turun dan digunakan oleh semua pembangun web dan juga blog diseluruh dunia.

Pada WordPress 3.5, ia membawakan beberapa perkara baru, dimana salah satunya adalah tema baru yang diberikan nama Twenty Twelve. Bermula daripada tahun lepas, pihak pembangun WordPress telah mengumumkan yang mana mereka akan membawakan sebuah tema baru untuk setiap tahun, dan seperti kebiasaan, rekabentuk tema Twenty Twelve kemas dan minimalis, disamping menyertakan rekabentuk responsif, dan berfungsi dengan baik pada pelbagai jenis saiz peranti.

Pada masa yang sama, dengan pelbagai peranti dengan paparan resolusi tinggi yang hadir di pasaran, pihak WordPress jgua turut mengemaskini semua grafik dan rekabentuk mereka untuk menyokongnya.

WordPress 3.5 - Pengurusan Media

Bahagian pengurusan media juga diberikan nafas baru, dimana sokongan memuat-naik gambar kini lebih menarik, sekaligus membolehkan pengguna menguruskan segalanya dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Penambah-baikkan pengurusan media ini adalah salah satu perkara yang baik, dan dinantikan ramai pengguna WordPress.

WordPress 3.5 ini turut menyertakan beberapa kemaskini dan penambah-baikkan yang lain, menjadikan platform blog dan web ini setapak lagi ke hadapan berbanding sebelumnya.

Bagi pengguna WordPress, anda boleh mengemaskini pemasangan anda secara automatik melalui halaman dashboard ataupun memuat-turunnya hari ini daripada laman rasmi WordPress.

Muat-Turun WordPress 3.5 “Elvin”


TIPS & ULASAN