Bina Animasi Berasaskan Watak Dan Grafik Permainan Video Melalui Source Filmmaker

Bina Animasi Berasaskan Watak Dan Grafik Permainan Video Melalui Source Filmmaker

Diterbitkan pada Dis 12, 2012 oleh .

Source FilmmakerDengan dunia animasi tempatan yang semakin berkembang secara positif, mungkin ada diantara anda yang mempunyai idea tersendiri, dan ingin merealisasikannya. Tetapi kekangan masa dan kebolehan membuat watak animasi dan sebagainya mungkin menyukarkan anda. Untuk mengatasinya anda mungkin boleh menggunakan Source Filmmaker untuk memudahkan anda.

Untuk makluman, Source Filmmaker merupakan salah satu aplikasi dalam memudahkan anda membuat Machinima, iaitu membuat filem menggunakan permainan komputer. Memandangkan segala watak dan latar tempat dan sebagainya mengambil grafik daripada permainan, maka ia biasanya digunakan oleh para peminat untuk menyampaikan kisah mereka menggunakannya.

Bacaan lanjut mengenai Machinima

Berbalik kepada Source Filmmaker, ia dibangunkan dan ditawarkan secara percuma oleh Valve, pembangun disebalik beberapa permainan popular. Perisian ini ditawarkan melalui Steam, membolehkan sesiapa sahaja memuat-turun dan menggunakannya.

Proses membuat animasi bermula dengan rakaman daripada permainan, kemudiannya membolehkan pengguna mengubah pergerakkan, kedudukan kamera dan sebagainya, menjadikan ia boleh disesuaikan untuk sesuatu kisah dan cereka yang ingin disampaikan.

Source Filmmaker sendiri menyediakan pelbagai jenis aset dan grafik daripada permainan milik Valve, membolehkan pengguna menggunakannya, dan menambah suara dan efek bunyi daripada permainan.

Pihak Valve sendiri menggunakan perisian ini dalam membangunkan video promosi untuk permainan mereka. Dan untuk memudahkan para pengguna baru mempelajarinya, Valve menyediakan pelbagai tutorial daripada peringkat asas pada halaman YouTube rasmi mereka.

Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba Source Filmmaker hari ini, dan jangan lupa berkongsi hasil anda bersama kami kelak.

Muat-Turun Source Filmmaker


Ikuti tutorial video menggunakan Source Filmmaker


TIPS & ULASAN