Mozilla Melancarkan Firefox OS Simulator 1.0

Mozilla Melancarkan Firefox OS Simulator 1.0

Diterbitkan pada Dis 12, 2012 oleh .

Ingatkah lagi Firefox OS Simulator pada pelayar web yang ditawarkan dalam bentuk adoon untuk Firefox beberapa minggu sebelum ini? Setelah melalui pelbagai fasa pembangunan, hari ini, Mozilla secara rasminya memperkenalkan versi 1.0 untuknya.

Firefox OS Simulator merupakan salah satu addon untuk pelayar web Firefox, membolehkan sesiapa sahaja menggunakan Firefox OS terus pada komputer mereka. Firefox OS sendiri masih pada peringkat pembangunan. Namun, dengan pengenalan versi awalnya ini, ia membolehkan para pembangun bersedia dengan apa yang akan ditawarkan oleh mereka untuk platform tersebut, disamping untuk pengguna pula boleh mengetahui apakah yang akan disertakan melalui sistem operasi mudah-alih daripada Mozilla itu kelak.

Mozilla dijangka akan mengumumkan peranti pertama dengan Firefox OS pada suku tahun pertama tahun 2013 ini.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Firefox, boleh memuat-turun addon ini dan mencuba Firefox OS sendiri hari ini.

Muat-Turun Firefox OS Simulator 1.0


TIPS & ULASAN