Gambar Peranti BlackBerry 10 Siri-L Tertiris Ke Arena Web

Gambar Peranti BlackBerry 10 Siri-L Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Dis 12, 2012 oleh .

Pelancaran peranti BlackBerry 10 merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna di seluruh dunia. Selepas RIM sendiri memperlihatkan gambaran peranti tersebut melalui laman web rasmi, kini beberapa gambar baru peranti siri-L BlackBerry 10 tertiris ke arena web.

bb10-siril_01

Daripada apa yang diperlihtkan, ia menunjukkan yang mana peranti siri-L yang bakal diumumkan oleh RIM secara rasmi pada 30 Januari kelak mungkin akan menyertakan bateri yang boleh ditanggalkan, selain turut menyertakan beberapa sokongan asas seperti mikro-SD dan juga jack untuk audio.

Memandangkan ia masih mempunyai masa lagi sebelum peranti ini dilancarkan, terdapat juga kemungkinan versi akhir mungkin membawakan sedikit perbezaan berbanding apa yang diperlihatkan ini.

BlackBerry 10 Siri-L


TIPS & ULASAN