Media Prima Digital Diumumkan – Menggabungkan Alt Media Dan NSTP E-Media

Media Prima Digital Diumumkan – Menggabungkan Alt Media Dan NSTP E-Media

Diterbitkan pada Dis 12, 2012 oleh .

Media Prima yang sedia terkenal dengan pelbagai tawaran kandungan mereka di kaca televisyen, media cetak, dan juga media digital, hari ini mengumumkan integrasi pelbagai unit digital mereka dibawah satu jenama baru, dinamakan sebagai Media Prima Digital.

Media Prima Digital

Dengan pengumuman ini, Media Prima Digital bakal menjadi sayap baru untuk kumpulan digital mereka, mengabungkan pelbagai subsidiari perniagaan termasuk Alt Media (Tonton) dan juga NSTP E-Media. Gabungan ini sekaligus menjadikan Media Prima Digital sebagai unit media digital bersepadu terbesar di Malaysia.

Bagi kebanyakkan pengguna, mungkin sedia kenali akan laman Tonton daripada Media Prima Digital ini, yang mana menawarkan pelbagai jenis kandungan berbentuk video, yang boleh ditonton secara terus daripada laman mereka. Menurut Media Prima, kini terdapat lebih daripada 2.5 juta pengguna berdaftar dengan perkhidmatan Tonton.

E-Media pula merupakan sayap digital untuk kumpulan NSTP, menawarkan versi digital untuk akhbar bercetak mereka melalui web dan juga beberapa aplikasi dan sebagainya.

Dengan pengumuman ini, Media Prima Digital menjangkakan bakal terus mengukuhkan kedudukan mereka di arena digital Malaysia, sekaligus mensasarkan pertumbuhan pendapatan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Media Prima Digital


TIPS & ULASAN