Sokongan Trafik Masa-Nyata Untuk Ipoh, Melaka Dan Pulau Pinang Diperkenalkan Pada Google Maps

Sokongan Trafik Masa-Nyata Untuk Ipoh, Melaka Dan Pulau Pinang Diperkenalkan Pada Google Maps

Diterbitkan pada Dis 12, 2012 oleh .

Google Malaysia, pada awal tahun ini telah memperkenalkan sokongan trafik pada peta Google Maps, namun ia hanya terhad pada Lembah Klang sahaja ketika itu. Kini, ia diperluaskan, dimana turut dilancarkan secara rasmi untuk Ipoh, Melaka dan juga Pulau Pinang.

Google Maps Trafik

Data yang diperlihatkan, seperti biasa dikumpulkan oleh Google daripada pelbagai sumber, termasuk daripada jabatan kerajaan, penyedia data swasta, dan juga pengguna aplikasi Google Maps pada peranti mudah-alih, membolehkan Google menyediakan info semasa berkaitan kelancaran laluan trafik di sesuatu jalan raya.

Jadi, bagi mereka yang selalu bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, mungkin anda boleh merujuk Google Maps hari ini, dan ketahui kelancaran trafik di lokasi sekitar Lembah Klang, Ipoh, Melaka dan juga Pulau Pinang.


TIPS & ULASAN