Apple Sedang Menguji Rekabentuk Awal Untuk TV Bersama Sharp Dan Foxconn?

Apple Sedang Menguji Rekabentuk Awal Untuk TV Bersama Sharp Dan Foxconn?

Diterbitkan pada Dis 12, 2012 oleh .

Konsep Apple iTVSelain daripada AppleTV, gergasi daripada Amerika Syarikat tersebut telah dikhabarkan akan hadir dengan sebuah televisyen sejak daripada beberapa tahun yang lepas, dan terkini, WSJ melaporkan yang mana mereka kini dalam peringkat ujian awal untuk rekabentuknya.

WSJ mengatakan ia masih pada peringkat awal percubaan, dan belum menjadi sebuah projek rasmi lagi buat masa ini.

Apple dikatakan sedang menguji rekabentuk dengan beberapa pihak, termasuk Sharp dan juga Foxconn (HonHai), dimana diperkatakan akan membawakan skrin resolusi tinggi padanya.

Selain daripada rekabentuk dan pembangunannya, Apple juga semestinya perlu hadir dengan pelbagai kandungan menarik untuk pengguna mereka, selain daripada apa yang perlu dibeli melalui iTunes, sebagai contoh langganan saluran khas dan sebagainya.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah “iTV” ini akan dilancarkan. Mungkin kita akan melihat perkembangannya dalam setahun dua lagi.


TIPS & ULASAN