Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan pelbagai kandungan menarik untuk pengguna beragama Islam, dan salah satu yang terkini adalah MyJakim, dimana ditawarkan untuk pengguna Android dan juga iOS.

Menariknya mengenai aplikasi MyJakim ini adalah dimana ia berfungsi sebagai salah satu pusat sehenti untuk merujuk pelbagai perkara berkaitan agama terus padanya.

Aplikasi MyJakim

Melalui aplikasi MyJakim ini, para pengguna boleh menyemak waktu solat, melihat arah kiblat, melihat doa harian, menyemak fatwa, membaca khutbah Jumaat, dan juga turut boleh digunakan untuk mengakses pelbagai soal-jawab berkaitan agama terus padanya.

Daripada penggunaan kami, MyJakim ini kelihatan amat menarik, dan membolehkan ia menggantikan pelbagai aplikasi lain sebelum ini.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store dan AppStore.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd