Seperti setiap tahun, pihak Google telah pun mengeluarkan laporan tahunan mereka untuk carian terhangat dan popular yang dilakukan sepanjang tahun untuk seluruh dunia, dan termasuk untuk Malaysia.
Secara amnya, carian popular yang dilakukan oleh pengguna tempatan pada enjin carian Google Malaysia, adalah;
- SAPS
- Gangnam Style
- 9GAG
- Proton Preve
- Zalora
Untuk carian berkaitan lagu, Gangnam Style seperti yang diketahui semua pengguna menduduki tangga pertama, manakala untuk rancangan televisyen, Upin dan Ipin daripada LesCopaque dan juga Boboiboy menduduki tangga teratas.
Arena blog tempatan juga turut tampak berkembang, dimana Beautifulnara menduduki tangga carian teratas.