Asus PadFone diperkenalkan tahun lalu dan ianya menjadi peranti hibrid tiga dalam satu Android yang pertama di pasaran. PadFone boleh berubah dari sebuah telefon pintar menjadi sebuah tablet ataupun komputer riba hanya dengan menggabungkan aksesori tertentu. Ianya mengembangkan lagi konsep Asus Tranformer yang sudah sedia ada pada ketika itu. Setahun selepas pelancaran PadFone, PadFone 2 dilancarkan di Malaysia hari ini. PadFone dua di datangi dengan beberapa penaiktarafan seperti pemproses 1.5 GHz empat teras serta skrin telefon yang lebih besar.
Spesifikasi Asus PadFone 2 | |
---|---|
Cip | 1.5GHz (empat-teras) |
Kamera | 13 megapixel belakang |
Storan Terbina | 16/32/64 Gigabyte |
Skrin | 4.8-inci Super IPS |
Bateri | 2140 mAh |
Tidak seperti PadFone 1, PadFone 2 tidak didatangi dengan aksesori papan kekunci fizikal. Kami difahamkan Asus tidak lagi menjual papan kekunci fizikal ini kerana kekurangan permintaan dari pengguna selepas PadFone 1 dilancarkan.
Satu lagi perubahan ketara yang boleh dilihat pada versi terkini PadFone ialah telefon pintarnya, yang mana boleh diletakkan terus pada belakang tablet. Pada versi terdahulu terdapat sebuah “pintu” yang harus dibuka dan ditutup bagi membolehkan telefon pintar disambungkan pada tablet.
Peranti tablet PadFone 2 diberi nama PadFone Station dan ia mempunyai skrin LCD IPS sebesar 10.1 inci dengan resolusi WXGA. PadFone Station di datangkan dengan bateri sebesar 5000 mAh dan kamera hadapan 1-megapixel.
Padfone 2 akan mula dijual di Malaysia bermula dari hari ini pada harga RM 2799. Terdapat duapilihan warna iaitu hitam dan putih tetapi versi putih hanya akan terjual mulai Januari depan. Kami akan membawakan artikel pandang pertama untuk peranti ini tidak lama lagi.
[amanz-gallery]