Cari @ Amanz

Setelah Twitter dan Google mengeluarkan senarai terhangat tahunan mereka, kini laman sosial terkemuka dunia, Facebook turut sama mengeluarkan perkongsian popular di laman sosial mereka, disamping berkongsi pelbagai trend menarik padanya.

Seperti biasa, tiada trend yang dikhaskan untuk Malaysia yang disediakan oleh Facebook, namun bagi mereka yang berminat boleh menyemaknya pada laman Facebook, mengetahui pelbagai perkara menarik, daripada Meme, lagu popular, check-in popular, dan pelbagai perkara menarik lain padanya.

Facebook Year On Review 2012

Namun, apa yang menarik perhatian kami adalah sokongan ringkasan tahunan untuk setiap profil yang disediakan oleh Facebook. Melaluinya, ia membolehkan para pengguna mengetahui apakah yang dilakukan oleh mereka sepanjang tahun 2012 ini, selain mengetahui pelbagai detik-detik menarik di Facebook untuk anda sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd