(Video) Peranti Prototaip BlackBerry 10 Siri-L Dibandingkan Dengan Dev Alpha B

(Video) Peranti Prototaip BlackBerry 10 Siri-L Dibandingkan Dengan Dev Alpha B

Diterbitkan pada Dis 12, 2012 oleh .

Setelah berkongsi beberapa gambar sebelum ini, kini laman yang serupa turut sama hadir dengan sebuah video khas, memperlihatkan dengan lebih dekat peranti prototaip BlackBerry 10 Siri-L, dan turut dibandingkan dengan peranti BlackBerry 10 Dev Alpha B.

Dengan tarikh pelancaran rasminya sekitar sebulan lebih lagi, ia merupakan perkara biasa untuk melihat pelbagai perkara tertiris ke arena web, apatah lagi ia merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia membawakan rekabentuk yang menarik, dan sedikit kecil berbanding dengan Dev Alpha B. Namun, seperti biasa, mungkin ini bukanlah peranti versi akhir, dan mungkin pada pengumuman rasmi kelak, ia menyertakan beberapa perubahan padanya.


TIPS & ULASAN