Aplikasi Viddy Dilancarkan Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Dis 13, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah hanya eksklusif untuk iPhone selama ini, kini pembangun aplikasi perkongsian video, Viddy telah pun melancarkan aplikasi mereka secara rasminya untuk para pengguna Android.

Viddy Android

Melalui aplikasi ini, ia membolehkan para pengguna merakamkan video klip selama 15-saat, sebelum menambah pelbagai jenis efek padanya dalam menjadikan video yang dirakamkan lebih menarik. Ia turut dilengkapi dengan sokongan menambah audio dan sebagainya pada video yang dirakamkan.

Secara amnya, ia dikenali sebagai pengguna “Instagram untuk video”. Bagi mereka yang mengemarkannya, anda boleh memuat-turun ia secara percuma dari Google Play Store hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami