Cari @ Amanz

Apple Maps sejak dilancarkan menerima kritikan ramai pihak diseluruh dunia, namun Apple kelihatan kini semakin lama semakin pantas mula membaiki satu demi satu kelemahan pada aplikasi pemetaan mereka.

Dan kini, beberapa spekulasi hadir, mengatakan Apple mungkin mengambil-alih TomTom, syarikat yang menyediakan sokongan navigasi pada Apple Maps.

Mengikut penganalisa, terdapat kemungkinan sebanyak 30% mengatakan Apple Maps mungkin mengambil-alih TomTom, dimana melaluinya, kedua-dua syarikat dapat terus mengukuhkan kedudukan dan memperluaskan perkhidmatan mereka.

Namun, adakah Apple benar-benar akan mengambil-alihnya ataupun tidak, masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd