Cari @ Amanz

Google Maps iOSSetelah dinantikan sekian lama, hari ini, Google secara rasminya telah pun menerbitkan aplikasi Google Maps untuk iPhone, membolehkan semua pengguna peranti iOS, memuat-turun dan memasangnya pada peranti mereka, dan menikmati sokongan pemetaan daripada Google.

Buat masa ini, daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Google sendiri, ia masih belum dilancarkan kepada pengguna di Malaysia, dan hanya ditawarkan di lebih kurang 30 buah negara sahaja buat masa ini.

Google Maps untuk iPhone ini menyokong iPhone 3GS dan ke atas, serta memerlukan pengguna menggunakan iOS 5.1 dan ke atas. Sokongan natif untuk iPad masih tidak disertakan, dan sekiranya pengguna memasangnya pada iPad, maka ia akan memperlihatkan Google Maps dalam mod iPhone.

Google Maps untuk iPhone ini membawakan beberapa perkara baru padanya, termasuk sokongan navigasi dalam bentuk beta, data berkaitan transit, sokongan melihat trafik masa-nyata dan juga sokongan Street View.

Mungkin kerana sokongan navigasi dan StreetView tidak diperkenalkan di Malaysia lagi, maka aplikasi ini tidak dilancarkan untuk pengguna tempatan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd