Cari @ Amanz

Dengan pengenalan aplikasi pengurusan emel daripada Yahoo!, mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah variasi untuk GMail akan hadir tidak lama lagi. Untuk menjawabnya, ia diperkatakan Google masih tiada sebarang perancangan untuknya buat masa ini.

Google mengatakan mereka akan memfokuskan kepada platform yang mempunyai ramai angka pengguna, dan mungkin sekiranya Windows 8 ataupun Windows Phone 8 mula meningkat popular dari hari ke hari, maka kita akan dapat melihat sokongan untuknya diperkenalkan suatu hari nanti.

Walaubagaimanapun, pihak pengguna Windows 8 masih boleh menggunakan GMail melalui pelayar web, ataupun mengintegrasikannya dalam aplikasi Mail terbina di Windows 8 dengan mudah, dan menggunakannya sebagai perisian terbina di komputer mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd