Adobe Reader Untuk Windows 8 Dilancarkan

Adobe Reader Untuk Windows 8 Dilancarkan

Diterbitkan pada Dis 13, 2012 oleh .

Bagi pengguna Windows 8, mungkin telah selesa menggunakan aplikasi terbina Reader yang menawarkan pembacaan PDF dan sebagainya terus pada Windows 8. Namun, bagi mereka yang selesa dengan Adobe Reader, kini Adobe turut sama telah melancarkan aplikasi mereka di Windows Store.

Adobe Reader untuk Windows 8

Seperti biasa, ia membolehkan para pengguna melihat dokumen PDF pada komputer Windows 8, dan turut dioptimasikan untuk peranti skrin-sentuh.

Padanya, selain membuka dokumen PDF daripada emel, web dan sebagainya, ia turut membolehkan pengguna membuat carian sesuatu teks, ataupun melihat annotations dan sebagainya dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Adobe Reader ini secara percuma daripada Windows Store hari ini.

Muat-Turun Aplikasi Adobe Reader Dari Windows Store


TIPS & ULASAN