Media Prima Mungkin Hadir Dengan Laman Setempat Untuk Memudahkan Pengguna Mengikuti Berita

Media Prima Mungkin Hadir Dengan Laman Setempat Untuk Memudahkan Pengguna Mengikuti Berita

Diterbitkan pada Dis 13, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan pengumuman penyatuan dua subsidiari dibawah satu jenama, iaitu Media Prima Digital, gergasi industri media tersebut turut berkongsi dengan kemungkinan untuk hadir dengan sebuah laman khas yang memperlihatkan kandungan daripada pelbagai web milik mereka.

Media Prima Digital

Seperti semua sedia maklum, kini, Media Prima Digital menguruskan beberapa laman web berita utama, seperti Berita Harian, Harian Metro, NST, dan sebagainya, selain turut membawakan kandungan berbentuk video dari TonTon. Ini memerlukan para pengguna untuk merujuk pelbagai laman untuk mendapatkan sumber berita yang diinginkan.

Untuk memudahkan pengguna, mungkin tidak lama lagi, pihak Media Prima Digital akan melancarkan sebuah laman khas yang mengumpulkan semua sumber didalam hanya satu halaman, sekaligus memudahkan pengguna mengikutinya.

Pada masa yang sama, pihak Media Prima Digital turut berkongsi dimana melalui TonTon Live, para pengguna boleh menonton siaran langsung saluran televisyen daripada TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan juga Russia Today.

Media Prima Digital


TIPS & ULASAN