Carian
iPhone 5 Yang Bakal Dijual Tidak Akan Menyokong Piawaian LTE Malaysia
December 13, 2012 Aman

Mungkin ramai yang telah mengetahui berkenaan perkara ini, dimana untuk Malaysia, SKMM telah menyediakan spektrum 2600MHz untuk rangkaian LTE, dan iPhone 5 yang dijual bermula esok kelak, tidak akan menyokongnya.

Pelancaran DiGi iPhone 5

Perkara ini turut disahkan oleh DiGi, mengatakan ia bukan terhad kepada syarikat telekomunikasi mereka sahaja, tetapi turut adalah perkara sama untuk yang lain.

Untuk iPhone 5, ia menggunakan spektrum berbeza yang mana telah pihak Apple mengumumkannya melalui halaman rasmi mereka. DiGi mengatakan mungkin kelak mereka akan bekerjasama dengan pihak Apple dalam memperkenalkan sokongan LTE pada peranti akan datang.

DiGi dikatakan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan rangkaian LTE di Malaysia, bersama-sama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi yang lain, dan mungkin kita akan dapat melihat perkembangannya pada tahun hadapan.

DiGi bakal mulakan jualan iPhone 5 bermula daripada tengah malam ini – 14 Disember, dimana akan ditawarkan di lebih 6 lokasi berbeza di seluruh negara, iaitu SoHoKL; Pulau Tikus, Pulau Pinang; De Garden, Ipoh; Plaza Merdeka, Melaka; Api-Api, Kota Kinabalu; dan juga The Spring Mall, Kuching.

Komen