Cari @ Amanz

Selain daripada pelancaran Asus Padfone 2, pihak Asus Malaysia juga turut sama mengumumkan pelancaran dan penjualan komputer semua-dalam-satu mereka yang terbaru, iaitu ET2300INTI dengan Windows 8 padanya. Ia akan dijual pada harga RM4099 untuk pasaran Malaysia.

Asus AIO 23-inci

Asus ET2300INTI ini dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i5, dengan pilihan grafik NVIDIA GT630M 2GB atau Intel HD2500, serta didatangkan dengan sokongan lebih empat port USB 3.0 padanya, input HDMI, serta sokongan pemain Blu-ray.

Asus ET2300INTI turut didatangkan dengan skrin bersaiz 23-inci dengan sokongan sentuhan multi-touch sehingga 10-titik sentuhan. Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada para pengedar rasmi tempatan pada harga RM4049.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd