Valve Memperkenalkan Steam Community Market Dalam Bentuk Beta

Valve Memperkenalkan Steam Community Market Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada Dis 13, 2012 oleh .

Bermain game boleh dijadikan pekerjaan sampingan dengan mudahBagi kebanyakkan pemain komputer, mungkin sedia dan aktif menggunakan Steam. Terkini, pembangunnya, Valve memperkenalkan Steam Community Market dalam bentuk beta, membolehkan sesiapa sahaja menjual dan membeli barangan dalam permainan dengan mudah.

Steam Community Market ini membolehkan para pemain pelbagai jenis genre dan judul game pada Steam menjual barangan yang dikumpulkan mereka kepada pemain lain terus melaluinya.

Melaluinya, sebarang hasil jualan, Steam akan mengambil sebanyak 5% daripadanya, manakal penyedia permainan turut sama boleh turut mengambil sebahagian daripada pendapatannya.

Perkara ini masih lagi pada peringkat beta awal, dan barangan yang disenaraikan buat masa ini masih terhad. Namun, ia mungkin kelak akan mengubah bagaimana para pemain memainkan sesuatu judul permainan, disamping memberikan impak kepada ekonomi industri permainan.

Layari : Steam Community Market


TIPS & ULASAN