Tab Video Pada Google+ Kini Digantikan Dengan YouTube

Tab Video Pada Google+ Kini Digantikan Dengan YouTube

Diterbitkan pada Dis 13, 2012 oleh .

Integrasi mendalam antara Google+ dan juga YouTube adalah salah satu perkara yang dijangka, memandangkan pelbagai perubahan telah diperlihatkan akhir-akhir ini, dan kini Google turut sama memperkenalkan perubahan pada bahagian tabnya, menggantikan Video kepada YouTube.

Google+ YouTube

Dengannya, setiap kali para pengguna atau rakan-rakan anda klik pada tab YouTube, ia akan membawa pengguna terus ke saluran YouTube anda serta-merta.

Pada masa yang sama, Google juga menambah, membolehkan setiap video yang dimuat-naik ke YouTube dan ditetapkan sebagai “Awam”, akan diperlihatkan terus pada profil, disamping memberikan anda peluang berkongsi terus ke Google+ dengan pantas.

Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat bermula hari ini.


TIPS & ULASAN