Maxis hari ini, secara rasminya telah pun mengumumkan pelancaran iPhone 5 untuk pasaran Malaysia, dan akan memulakan jualan iPhone 5 untuk para pengguna pada pukul 12 tengah malam ini.
Seperti semua sedia maklum, iPhone 5 membawakan skrin bersaiz 4-inci, dan dilengkapi dengan sistem operasi iOS 6 padanya. Berbanding dengan iPhone generasi sebelumnya, iPhone 5 membawakan rekabentuk yang lebih nipis dan ringan.
Berbeza dengan beberapa syarikat telekomunikasi lain, Maxis turut sama menawarkan beberapa nilai tambah kepada pengguna, dimana mereka turut menyediakan beberapa aplikasi khas, seperti Maxis Traffic, ruangan storan awan sebanyak 10GB melalui Loker.
Maxis juga merupakan satu-satunya syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan Visual Voicemail, membolehkan para pengguna menguruskan mel suara terus melalui sebuah antaramuka visual yang mudah digunakan.
Selain itu, Maxis juga turut sama menyertkaan aplikasi Maxis Rewards, dan juga muzik tanpa had secara percuma daripada OneMusic Maxis.
Bagi para pengguna yang inginkan dengan pelan dan pakej daripada Maxis, mereka boleh mendapatkannya daripada semua Pusat Maxis dan juga Rakan Niaga Eksklusif Maxis (MEP) seluruh negara bermula esok – 14 Disember 2012.