Aplikasi Maxis Rewards Dikemaskini Dengan Sokongan PassBook

Aplikasi Maxis Rewards Dikemaskini Dengan Sokongan PassBook

Diterbitkan pada Dis 13, 2012 oleh .

Maxis Rewards - PassbookPada iOS 6, salah satu sokongan baru yang diperkenalkan adalah PassBook, dan mengambil kelebihannya, kini Maxis melancarkan aplikasi ganjaran mereka, Maxis Rewards dikemaskini dengan sokongan PassBook, dan menjadi antara aplikasi terawal di Malaysia yang membawakan sokongan tersebut.

Melalui sokongan PassBook, ia memudahkan para pengguna dengan mudah menguruskan pelbagai kad ganjaran mereka. Maxis Rewards juga turut dilengkapi dengan sokongan geolokasi, membolehkan para pengguna mengetahui pelbagai ganjaran dan kelebihan apabila mereka berdekatan dengan sesebuah kedai dan sebagainya.

Bagi para pengguna peranti iOS yang berminat, boleh mendapatkannya secara percuma daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Aplikasi Maxis Rewards dari AppStore


TIPS & ULASAN