Maxis, bersama-sama dengan pelancaran iPhone 5, turut sama mengumumkan perkhidmatan paparan trafik lalu-lintas dalam masa-nyata yang mana berasaskan web dan dioptimasikan untuk para pengguna peranti mudah-alih – Maxis Traffic.
Maxis Traffic mengumpulkan suapan video secara langsung daripada beberapa kawasan utama dan tertentu. Daripada percubaan kami, ia kelihatan paparan videonya dioptimasikan sepenuhnya untuk peranti mudah-alih, dan berfungsi tanpa sebarang masalah pada peranti kami.
Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan berbayar daripada Maxis. Namun, untuk pelancaran ini, pihak Maxis menawarkannya secara percuma untuk semua pengguna peranti mudah-alih.
Layari : Maxis Traffic