Cari @ Amanz

Selepas para pengguna peranti iOS menikmati aplikasi Facebook natif, kini pengguna Android turut sama boleh menikmatinya, dimana hari ini secara rasminya gergasi laman sosial tersebut melancarkan aplikasi Facebook 2.0 untuk Android.

Dengan pengenalannya, ia membolehkan para pengguna Android menikmati penggunaan aplikasi Facebook yang lebih menarik, disamping berfungsi lebih pantas berbanding sebelumnya.

Antaranya, Facebook berkongsi mengatakan ia membolehkan Timeline dibuka dengan lebih pantas, dan paparan News Feed baru adalah lebih laju berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna Android, anda boleh mendapatkan aplikasi Facebook secara percuma daripada Google Play Store, manakala untuk pengguna sedia ada, anda boleh mengemaskininya terus daripada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd