Cari @ Amanz

Lanjutan daripada sebelum ini, setelah sekian lama senyap tanpa sebarang berita dan sebagainya, hari ini, pihak LG Malaysia telah memuat-naik gambar Nexus 4, dan berkongsi mengatakan ia akan hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

LG Nexus 4

Seperti semua sedia maklum, LG Nexus 4 merupakan peranti rasmi untuk Android, maka ia akan menerima kemaskini Android terlebih dahulu berbanding semua peranti Android yang lain.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, pihak LG juga kelihatan telah mengemaskini halaman web mereka, dengan menyertakan Nexus 4 dan mengatakan ia akan hadir tidak lama lagi.

Mengikut apa yang dikongsikan sebelum ini oleh pihak LG, ia akan dilancarkan di Malaysia sebelum hari Natal, dan sekiranya tiada sebarang penangguhan berlaku, mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd