Selain daripada syarikat telekomunikasi seperti Maxis, DiGi dan Celcom yang menawarkan peranti iPhone 5 kepada pengguna mereka dengan pelan dan pakej khas, kini Apple Store Malaysia turut sama secara rasminya menawarkan telefon pintar tersebut kepada pengguna melalui web mereka.
Mengikut apa yang disenaraikan, ia akan dihantar kepada pengguna dalam tempoh 2 ke 4 hari bekerja selepas pengguna membuat tempahan melaluinya. Seperti biasa, anda tidak perlu terikat kepada sebarang syarikat telekomunikasi, dan boleh mendapatkannya peranti sahaja.
iPhone 5 versi 16GB ditawarkan pada harga RM2199, versi 32GB pada harga RM2499 dan juga versi 64GB pada harga RM2799.