Cari @ Amanz

Setelah sekian lama, akhirnya, hari ini, Microsoft mengumumkan sokongan untuk para pengguna Windows Phone membeli dan memuat-turun aplikasi terus daripada web Windows Phone Store. Bersama-sama pengenalan untuk Malaysia, Microsoft turut mengumumkan sokongan sama untuk lebih 36 negara yang lain.

Pada masa yang sama, memandangkan Windows Phone 8 membawakan sokongan kad mikro-SD, kini, Microsoft juga turut sama membolehkan para pengguna memasang aplikasi terus ke kad-SD.

Melalui web Windows Phone Store juga turut sama membolehkan para pengguna memasang kembali aplikasi yang pernah dibeli oleh mereka dengan mudah, sekaligus memudahkan pengurusan aplikasi mereka. Namun, seperti biasa, ia perlukan para pengguna menggunakan akaun Microsoft yang sama ketika mengakses web tersebut.

Bagi para pengguna Windows Phone, anda boleh melayari laman Windows Phone Store di web, dan mula melihat dan menguruskan aplikasi dengan mudah melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd