Cari @ Amanz

Bagi para penjawat awam, mungkin kadang-kala tidak mengemari apabila diberikan pertukaran lokasi ke sesuatu kawasan, dan mungkin anda mencari rakan lain yang boleh bertukar dengan anda secara sukarela. Untuk memudahkan perkara ini, salah satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan adalah Bertukar.

Bertukar.com dibangunkan oleh pembangun bebas, memudahkan seseorang penjawat awam yang ingin membuat pertukaran tempat kerja, menggunakannya dan menemui mereka yang lain yang ingin melakukan perkara sama.

Ia membawakan antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan, disamping proses pendaftaran yang pantas. Untuk mengiklan pertukaran lokasi pula, seseorang itu hanya perlu memilih kod kerja dan kemudiannya lokasi.

Pembangunnya mengatakan yang mana ia dibina sebagai projek sampingan dalam usaha untuk memudahkan penjawat awam mengiklan pertukaran mereka, disamping mencapai kepada lebih ramai penjawat awam.

Buat masa ini, ia masih lagi baru dan pada masa yang sama, pembangunnya turut sama menyediakan kod sumber pembangunan web berkenaan di GitHub.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd