Xperia Tablet Mula Dijual Di Malaysia – Berharga Bermula RM1399

Xperia Tablet Mula Dijual Di Malaysia – Berharga Bermula RM1399

Diterbitkan pada Dis 15, 2012 oleh .

Sony Malaysia, kini telah pun memulakan penjualan tablet yang dinantikan ramai untuk pasaran Malaysia, iaitu Xperia Tablet yang mana membawakan skrin bersaiz 9.4-inci, dan dijana menggunakan sistem operasi Android.

xperia-tablet

Di Malaysia, peranti Xperia Tablet versi WiFi dengan kapasiti storan sebanyak 16GB ini dijual pada harga bermula RM1399. Untuk variasi 3G pula, versi 16G berharga RM1799 manakala versi 32GB berharga RM1999.

Dan sebagai promosi awal pelancaran, bagi pengguna yang pra-tempah untuk tablet ini, mereka berpeluang untuk memenanginya secara percuma, bersempena dengan promosi hari Natal.

Xperia Tablet ini membawakan skrin bersaiz 9.4-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 3, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1-megapixel padanya.


TIPS & ULASAN